Sunday, May 22, 2011

Is He Beautiful

Beberapa hari yang lepas atau pun beberapa minggu yang lalu..hmm , ntahla aku pun dah lupa tapi masa aku tengah drive nak pegi keje, aku tune in Fly.Fm, Fly.Fm ni memang siaran radio feveret aku pun sebab aku memang suka dengar Ben, Nadia ngn Fabeface menceloteh, kelakar gile diaorang ni mengacarakan rancangan diaorang, banyak2 slot yang aku paling suka kat Fly Fm ni ialah 'Alarm Call' best gile dengar diaorang pekena orang, in fact aku pun penah pekena member aku dengan pertolongan diarang..hahaha (joe my fren sorry pekena ko hari tu..)

Tapi yang aku nak cite, pada hari itu nadia yakni, salah seorang DJ feveret aku menceritakan sesuatu pasal Thailand Got talent, pasal salah satu daripada peserta ni dapat nyayi dalam dua suara ,pastu dia cakap kalu nak tgok video tu taip kat you tube Thailand Got Talent. lepas itu.. tup2 aku sampai office..

Masuk je department aku, terus duk kat cubicle aku, bukak laptop terus bukak explorer(IE), niat nak bukak youtube la, tuggu punyer tunggu tetiba page ni kuar.. You must log in as administrator to view this page, lebih kurang macam 2 la, aku pun xpandai sangat sebab aku bukan lulusan computer science.. tapi yang sebenarnya aku memang dah tahu dah mesti kena block punyer, mana ada company nak bagi pekerja dia leh serve youtube masa keje, kalu dapat memang xbuat keje la pekerja- pekerja kat office aku...

Tapi aku dah xsenang duduk , nak kena tgok jugak video tu, tapi nak buat macamane dah xleh tgok lagi, soo aku pun alih tumpuan dan memberi isyarat kepada otak aku supaya fokus dan buat keje, yela kat opis kena la buat kerja, sebab nawaitu aku masa bagun tido tadi untuk pegi opis dan buat kerja bersungguh- sungguh.. baru dapat rezeki halal. tuhan pun xmarah jauh sikit dari api nearaka.

Lepas 9 jam aku bertungkus lumus buat kerja, dah sampai masa untuk chow dari opis balik umah, dan selepas beberapa jam aku mengharugi liku- liku dan halangan untuk sampai rumah akhir nya sampai jugak aku kat umah aku..aku pun apalagi terus buka laltop, terus tapi youtube kat search engine google, lepas taip Thailand Got Talent terus kuar list video.

Aku pun click kat salah satu video ni,, tgok awek dalam video tuu. cun giler beb..rasa gugur jantung aku, berkenan terus, tapi aku pun sabar menanti dia menyanyi..perg suara merdu siot halus jee, tapi tetibe suara awek tu tukar jadi suara jantan.. terkejut kau...

aku pun dah compius..tapi tgok komen- komen sahabat kat bawah tuu, rupanya awek ni laki, dah tukar jantina..dahsyat... papepun aku harap xdela kat Malaysia benda- benda macam ni n anyway , tribute kat Fly Fm sebab share benda - benda yang buat otak aku berfikir sejenak pasal keadaan dunia kita skarng ni.. thanks FLY. FM... i will always tune to your station and forever will...keep up the good work guys...

Ni aku share video yang di maksudkan (credit to youtube.. and for BELL NUNTHITA good luck!!!)







Saturday, May 21, 2011

Lucah ker????


Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..



Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya ituyang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."



Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, diatidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung putingitu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayiterus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.



Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpahenti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.



Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yangdari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terusmendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lamamengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.



**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-apermengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorangyang normal..Jangan pikir 18SX jer?
 

Ingin Berkuku Panjang & Memakai Cincin


Sekarang ni ramai yang pakai cincin... tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut .... Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi ooppss khinzir lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang...bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Bab Cincin:
Nasihat Nabi Muhammad Saw.. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di :
  1. Jari manis
  2. Jari kelingking (anak jari)
Dan janganlah dipakai pada:
  1. Jari tengah
  2. Jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.


Siot Punya Ayah


Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. 

Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.

Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta.

Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. 

Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,"Kalau camtu hang cuba le lagi."