Saturday, May 21, 2011

Gambaran ALAM MAHSYAR

  •  Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya sepertitanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecualiIzrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabutnyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  •  Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirmanmafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yangmenjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "KepunyaanAllah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidakmati.
  •  Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnyameniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semuladi atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yangrata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "AjbuzZanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusiaumpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
  •  Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang danhina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangattakut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapikelak.
  •  Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruhyang menghalau manusia, jin dan  binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akanlupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  •  Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  •  Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, laluturunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruhmakhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yangmenakutkan.
  •  Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari ataskepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi sepertikeadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasandan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbulatau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaanmereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  •  Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernamaAl-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orangmukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yangmenjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolamini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu danrasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalirdari syurga.
  •  Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
    1. Pemimpin yang adil.
    2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
    3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
    4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
    5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak denganberkata "Aku takut pada Allah".
    6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orangramai).
    7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.
  •  Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semuamanusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudianmereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Makamereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusiaini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana NabiAdam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan AllahTa'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikansebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullahsaw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahunperjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat AllahTa'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orangmalaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tibadibumi.
  • 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikuloleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah iaseumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaanmalaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanyayang sangat kuat.
  •  Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasyyang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebihkecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudahia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  •  Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Laludimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalanmasing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpasilap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
  •  Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yangzalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  •  Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukumyang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  •  Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikatakan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambildengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jikaorang bukan mukmin.
  •  Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyailidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yanggelap untuk menimbang dosa.
  •  Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab
  •  Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetapakan ditimbang.
  •  Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
  •  Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orangramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedangdibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannyamenyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
    1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar denganmempercepatkan hisa
    2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab
    3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka
  •     Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
  •  Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin olehTuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka iniberjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000orang yang lain.
  •  Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurgamelintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah sepertisehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  •  Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggangbinatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuhke dalamnya.
  •  Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiapmakhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorangsahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalamneraka.
sources: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Berpesan-pesan sesama insan

No comments:

Post a Comment