Saturday, May 21, 2011

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam



Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walaudi mana kita berada.
Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukannama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchongmenuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.
Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makanmalam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempardua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta MatHassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.
Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terushilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atascermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluardari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassandengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorangserah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolverdia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.
3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam oranggila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagiisyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesantelur pecah jer tak sempat nak lap lagi.
Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawakanak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlakukepada anda, pastikan
  • Jangan sesekali tarik spray wiper;
  • Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesenminyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuanorang ramai
Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakanPandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

1 comment:

  1. dunia skrg ni mmang bahaya..rambut je sama hitam tapi hati..hancuss

    ReplyDelete