Tuesday, May 24, 2011

PANDAN UGGU: UBAT SAKIT KELAMIN

Masyarakat Melayu begitu menggemari daun pandan, bukan kerana aromanya tetapi kepelbagaian sumber penawar untuk penyakit berkaitan serangan angin dalam saraf. Sejenis pokok renek hiasan menyerupai pandan lebih dikenali sebagai pandan unggu yang mengandungi karbohidrat, serat dan mineral. Pandan Unggu juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Nenas Kerang  dan Daun Kepah.

 Masyarakat luar lebih mengenalinya sebagai Oyster Plant dan bagi masyarakat Cina memanggilnya Bang Lan Ye. Nama saintifiknya ialah Rhoe Spathacea tergolong dalam keluarga Commelinaceae. Pokok Pandan Unggu dikatakan berasal dari Hindia Barat.

Tanaman ini dahulunya begitu terkenal di Amerika Tengah sebagai pokok hiasan ekslusif landskap kediaman mewah. Negara-negara iklim tropika mendapati Pandan Unggu sangat subur dan sesuai sebagai tanaman penyeri halaman dan sumber perubatan yang bernilai tinggi.


Bunga dan daunnya adalah bahagian yang menjadi sumber perubatan utama samaada ketika masih segar atau yang sudah dikeringkan . Daun Pandan Unggu atau Nanas Kerang ini sering dijadikan demah tampal bagi mengidap sakit kelamin. Caranya mudah sahaja dengan mengambil beberapa helai daunnya dan dibersihkan kemudian dilayur atas api dan ditumbuk lumat terus boleh ditampal keliling kemaluan yang dijangkiti oleh penyakit jelik ini,

Ada juga orang yang arif tentang perubatan tradisional menjadikan daun dan bunganya sebagai air rebusan dengan mengcampurkan sedikit asam jawa dan gula batu sebagai jus minuman untuk menghilangkan batuk bronkitis, disenteri, hidung berdarah, sakit dada, susah buang air kecil, juga penyakit tibi limfatik. Sebalum menggunakannya dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat daripada pengamal- pengamal perubatan herba yang mahir dalam hal - hal yang sebegini.

Rupa paras Pandan Unggu bagi yang tidak mengenalinya:


 Analisa khasiat secara terperinci:
  • Bunga
    • Jambaknya boleh dicampur air dan gula, kemudianya hendaklah dikukus dan air kukusan tersebut minum bagi merawat bronkitis
    • Jambak bunga yang segar ataupun kering direbus ataupun dibuat sup yang dimasak dengan daging atau tulang lalu diminum untuk merawat batuk berdarah, disenteri, kekurangan darah dan pendarahan didalam usus.
  •   Daun
    • Ditumbuk lumat dan ditampal pada bengkak, luka dan pendarahan
    • Daun dipanaskan ditumbuk lumat bersama sedikit minyak atau lemak, lalu dimakan sedikit dan selebihnya boleh ditampal ke kemaluan bagi mengubat penyakit kelamin.
    • Boleh dibakar sedikit, dibungkus dalam secebis kain lalu diikat pada sendi yang berpenyakit reumatisma
    • Air rebusan daunnya boleh diminum bagi merawat batuk, bronkitis, disenteri, gonorea, kecerderaan, hidung berdarah, sakit dada, susah buang air kecil, tibi limfatik.
    • Air rebusan yang dicampur gula pula boleh merawat batuk, jangkitan paru-paru, kahak, pendarahan dalam rahim, sakit kerongkong, selsema dan tibi paru-paru.
  • Daun &Bunga
    • Air rebusan campuran kedua-dua elemen ini boleh merawat bronkitis, disenteri, hidung berdarah, muntah darah hitam (kerana "internal bleeding") dan tibi limfatik.
    • Cecair daripada jambak bunga atau batang pokoknya boleh disapu pada gusi atau mulut yang berdarah 
  •  Lain-lain kegunaan
    • Cecair pada daun kepah ini boleh digunakan sebagai kosmetik bagi memerahkan pipi namum penggunaanya perlu diberi perhatian kerana cecairnya boleh menimbulkan ruam.




1 comment: